14 December 2012

The Best Way

Ya Allah, aku mohon padamu tariklah kekuatan aku untuk pertahankan perasaan ini. Kerana apa yang aku dapat akhirnya hanya jatuh. Dan berkali aku sakit, aku masih mahu bangun. Dan berkali aku jatuh, aku masih mahu bangkit. Dan berkali aku dikecewakan, aku masih tidak berputus asa oleh orang yang sama. Dan berkali aku disedarkan yang dia bukan untuk aku, aku masih mahu mengejar. Apakah aku ni sudah hilang rasa malu? Adakah aku ni muka tak malu? Jika segala kekuatan ini mampu membuatkan aku jatuh dan tidak kuat lagi untuk bangkit. Maka aku sedia. Sebab hidup dalam kesedihan bukan yang aku inginkan. Aku tidak menyalahkan takdir. Malah, aku menyalahkan hati yang tidak serik. Aku menangis tapi keesokan harinya aku masih mampu tersenyum. Aku sudah terlalu penat dengan senyuman palsu. Tapi, itu yang membuat aku kuat. Tolong ya Allah, aku mohon. Kali ini, kau berikanlah aku kekuatan untuk melupakan dia, dan kau tariklah kekuatan aku yang mempercayai yang akhirnya kebahagiaan milik aku. Aku sudah putus asa. Terlalu banyak yang aku kesalkan. Aku tak mahu hidup ini dipenuhi penyesalan.

//it's not your fault . It's mine .