23 September 2012

you are the ONE

inilah kenangan semasa mingu destini pelajar (MDS) atau minggu yang kami anggap sebagai minggu dera pelajar. tapi minggu inilah yang banyak memberi kenangan. kenangan pahit dan juga kenangan indah. memang, saat ini aku mengenal kehidupan jauh dari keluarga. saat ini aku cuba mencari kawan untuk mengisi ruang yang kosong. berusaha untuk hidup berdikari. walaupun aku tak rasa aku tak kuat tapi aku berjaya. dan pada waktu ini aku cuba untuk menjadi matang. ini kehidupan yang sebenar. Minggu pertama disini begitu banyak kenangan. memang seronok jumpa kawan kawan baru. ehemmm. dan kenal dengan senior senior. HAHA. disini begitu berbeza dengan sekolah. tengok gamba diatas, gadis comel itu diberi nama Fairuz Aqila. aku panggil adik manis ni ayush je. HAHA. dia yang aku kenal masa first day lagi. orangnya nampak macam sombong. tapi, beliau memang baik. dan banyak lagi kawan kawan yang memang berperanan sebagai seorang kawan yang aku jumpa disini. mereka terbaik. waktu ini mengenal subjek baru. susah sangat pada permulaan. tapi mungkin kerana berkat doa ibu dan ayah, tak lupa pensyarah dan kawan kawan aku berjaya merasakan ini tidak sesusah mana.
sekarang akhirnya kami semua akan menghadapi final exam untuk semester ini. terasa cepat waktu berlalu. macam semalam kami baru menjejakkan kaki disini. sekejap waktu berlalu. dan selepas ini setelah berakhirnya final exam kami maka berakhirlah semester satu yang begitu indah ini. INDAH TAPI SUSAH. tapi yang susah itu yang membawa begitu banyak keindahan yang akan terus melekat dalam jiwa. inilah hidup. aku akan lekatkan memori itu kuat dalam ingatan!
hey, sem 2. here we come!

loveyousomuchsemesterone.

16 September 2012

No matter what

banyak kali hati disakiti. selama itu ku cuba mengerti yang aku harus sabar. itu tandanya tuhan suruh aku lupakan dia. tapi, masih tak mampu. selangkah aku pergi untuk menjauhi, selangkah dia datang menghampiri. tapi, bila aku berpatah balik, yang aku dapat hanya penyesalan. dan, seterusnya aku mengulang kembali peristiwa yang sama. tiada makna. aku cuma minta tiada apa lagi yang muncul dalam hati mengenai dia lagi. serik, tapi masih juga mengharap. sakit, tapi masih juga menunggu. tiada makna. setiap kali jika dia menyakitkan hati aku, yang mampu aku lakukan hanya tersenyum. padahal, dalam hati hanya tuhan yang tahu. pedih perih sakit luka calar bagai. dan dia masih menyakitkan aku. terus terusan. aku tahu aku ni bertepuk sebelah tangan. berhak ke dia nak membenci aku. well, ikut fakta. itu sangat berhak. jadi, teruslah benci aku. janganlah bagi harapan sebab harapan itulah yang membuat aku menjadi terus berharap padahal yang hanya aku dapat nanti hanyalah sia-sia. memang, aku tak mampu dan tak kuat. sebab aku kalah dengan perasaan sendiri. dan dari situ terbitnya sebuah penyesalan lagi. hidup aku penuh dengan kekesalan yang tak pernah habis.

aku mengalah dengan kau. kau menang, ambiklah !


10 September 2012

Nothing happenned yesterday

Saya suka dia tapi suka tak bereri cinta, dan cinta tak bererti harus memiliki. Jadi, aku biarkan perasaan terus pergi, hilang , hapus.  Aku rasa semua orang mampu melakukan perkara yang sama, Cuma nak tunggu sampai hapus terkubur tu memang mengambil masa yang lama.