30 June 2012

officially missing them

assalamualaikum. hai. emm. happy July guys! pejam celik, nampaknya. dah sebulan aku kat dungun ni. tanpa ada sebarang kepulangan aku ke saujana, aku masih boleh bertahan duduk kat sini. agaknya raya nanti baru aku balik. nampaknya ibu ayah dan adik adik dah start merindui aku. haha, truthfully, aku rindu mereka 100 times, sebab aku kat sini sorang sorang je. aku rindu nak cakap selamat malam pada tiap tiap malam pada ibu ayah dan adik adik masa kat rumah. kat sini, aku selalu tidur lambat. aku tak telefon pun ibu dan ayah. bukan aku taknak telefon, nanti aku jadi terlalu merindui sampai jadi homesick. kat sini aku belajar berdikari even ibu ayah yang bagi duit belanja. kih kih kih. emm, bila kat sini, memang betul betul memerlukan duit yang banyak. aku sampai jadi segan sangat nak minta ayah ibu masukkan duit. baru masuk, tak sampai seminggu suruh masukkan duit lagi. aku bukannya boros ke apa. memang betul kat sini memang perlukan duit. aku mengaku la aku selalu merayap ke bandar. hmmph. tapi, untuk beli keperluan diri tau. bukan nye berpoya poya. ngehh.

aku rindu kat ibu dan ayah. agaknya bila aku nampak mereka berdua, mesti aku menangis tersedu sedu. aku tak boleh. sedangkan bila cakap dengan diorang punn, aku dah nak nangis, inikan kalau diorang depan mata. aku terlalu merindui ibu dan ayah. aku rindu nak borak dengan ibu, cari pasal dengan ayah. gaduh dengan adik adik. sebab apapun yang jadi, keluarga yang buat aku bahagia. huhu, nak nagis dahh ni. walau apapun yang jadi keluarga yang buat aku jadi kuat smpai sekarang.

kerana doa ibu ayah dan keluarga yang lain, aku berjaya tiba kat sini. aku nak balas jasa ibu dan ayah. mereka dah berhabis banyak untuk aku, hanya kejayaan aku yang boleh membalas mereka. aku ni anak harapan. aku kena berhempas pulas untuk mereka. sebab mereka adalah cita cita aku. cita cita mereka untuk tengok aku berjaya mesti aku realisasikan. hanya itu yang mampu membuat mereka bangga. bangga akhirnya, kejayaan tu mampu diraih oleh anak yang mereka tatang bagai minyak yang penuh sejak dari kecil. senyuman mereka, kekuatan mereka, segala jasa yang tak dapat aku balas sepenuhnya oleh ibu dan ayah menjadi semangat yang membakar dalam diri aku ni. mereka kekuatan aku. aku sayang mereka <3




*atas, haha, masa kat domino's. hmmphh tah ape benda yang istimewa sangat yang ada dalam handphone tuhh . haha :DD

*yang bawah tuu, kat Pantai Cahaya Bulan. ibuku sungguh ayu. ayah sematt ohh pegang kacamatahitam. haha.


sememangnyarindu,
fateenjanganmenangis

28 June 2012

suka suki hidup ini

wahhh. lega gila dapat siapkan assignment yang banyak banyak tuu. nasib baik dapat siap. hemm ;) biasalah, ini fateenlahh, pantas membuat kerja. hahah (yelaaa sangat tukan). hmmphh. setiap kali aku baca entry aku ni. aku rasa macam aku ni budak yang happening je (happening lahh sangat kann), tapi entah kenapa, sebenarnya aku rasa di dunia luar, aku ni lebih pendiam? aku ni seorang yang sangat baik, dan juga pemalu. haha :DD percayalah cakap aku.

oklaa, tuka topik. hmmpphh. tadi aku pergi pasar malam dengan jikah, ayush, hanna dan salwa. ayush, hanna dan salwa membawa haluan masingmasing sementara aku dan jikah berfoya foya bersama. mencari bapak ayam. kehkehkeh. bukan bapak ayam lah. ayam goreng jeww. kat situ banyak gila ayam goreng, bapak kau. aku tertanya tanya sampai sekarang kan?. kampus kiteorang depan laut. dah sah sah banyak ikan. tapi, sampai la ni, aku tengok asik ayam jaa yang ada. apa ayam kahh yang  berenang di dasar laut dungun itu? wahh. sungguh gempak cerita ini. hahahaha :DD suka suka.

ok ok. after that aku tengokla kan  baju yang ada kat situ. fuhh, mak kau. cantik memang lah haii. tapi mahal mekk, aku takdek duit nak beli. nangis. nak balik rumah. pastu nak ambik banyak baju kat kedai ibuu. tsk tsk T_T derr, sedih ouhh. emm. weyy!! korang nak tau tak. aku dah jumpa tempat yang jual meehun sup yang sedap. even rasa sedap tuu taklehh lawan yang kat saujana punya, tapi at least aku dah jumpa makanan kegemaran aku kat situ yang mempunyai rasa enak yang mendalam. haha. harituu aku beli, tak berapa nak kena dengan selera aku laaa. membazir duit je tauu nyahh ni.

ok, entry kali ni dah macam essay panjang yang menyakitkan mata. apa kata kita berundur dulu lahh ye awokk. saya rindukan family saya di Saujana Utama :'( nak balikk...

rindutakterkata,
fateenselalubahagia

27 June 2012

I made a mistake

waduhh! lagilagi entry sedih jaak ni! takdak kaa yang happy sikit ni. ahhh! hidup aku memang menyedihkan. tapi juga bahagia. sejujurjujurnya. aku sedar aku dah buat kesalahan besar sangat. aku terlalu berharap. aku punya salah ni sebab sudah mengganggu hidup dia. aku malu dengan diri aku. selalu membuat tindakan yang nak menunjukkan kat dia yang aku suka kat dia. patutnya, aku kena tahu yang aku ni tak layak nak berdampingan dengan dia. wehhh, aku ni siapa? emmmmmmmm. nak nangis. dahla aku rindu kat family aku, sekarang aku ada masalah tentang perasaan pulak.

memang kalau sekali kita suka kat seseorang tuu, hati kita akan rasa terseksa. emm. entahh. tapi, betullah kata orang, menyukai seseorang boleh terjadi dalam sekelip mata je. tapi, nak melupakan perasaan tuu, lama sangat. agaknya, sampai mati punn masih tak boleh lupaa lagi. emm. sedih, aku ni bukan kuat sangat nak bertahan rasa peritnya bila kita mengharap sesuatu yang tak pasti. lebih lebih lagi bila kita dapat tahu, yang peluang kita untuk bersama orang tuu amatlahh tipisssssssssss. hahhhh. aku jujur jelah. aku nak mengundur diri. tapi, memang aku tak boleh buat masa sekarang.

jadi biarlah perasaan tuu menyakitkan hati aku. melukakan hati aku. menyakar jiwa aku. biarkan parah. sebab aku yang pilih jalan tuu. aku sedih dengan diri aku tak mampu untuk mengawal perasaan :'(



akuyangpilihjalanni,
fateenngantuknaktidur.

26 June 2012

Wish it disappear

joe bonomo's album
 
aku sedar siapa diri aku. aku nak berhenti tapi hati ni degil. otak kata fateen, sudahlaaa tu. otak mengharapkan aku untuk berhenti berharap. hati pula cakap, fateen, teruskan. teruskan. kenapa nak berhenti? diri aku mengeluh sebab tak mampu nak buat keputusan yang bijak. terkadang aku rasa diri aku ni bodoh rupanya. bukan bodoh apa. bodoh sebab tak mampu nak mengawal perasaan. kerap kali aku nyatakan, kerap kali.

aku selalu terlupa. yup. itu penyakit aku. pelupa gila nak mampuss. entah. nak cakap keturunan pun takk kan. nak kata makan semut selalu pun tak. hmphh. baguihh laa camni fateen. you don't even know why you be like this. sudahlahh. aku mahu berhenti. berhenti. berhenti. nak letak jawatan --' penat kot.

entry gile lagi..

sebenarnya. apa yang aku cuba nak terangkan kat sini. aku sedar laa siapa diri aku. dia tu yang menipu aku. aku faham kenapa dia nak tipu. dia memang suka permainkan orang macam aku. dah banyak kali aku kena. kali ni, I'll be aware lahh kan. jangan ingat ko senang nak pijak kepala akuu. grrrrrr. aku geram betul dengan kau. ishhhhhhhh. bodohlaa. tak tahu nak cakap ape. yang penting, aku tak percaya kauuu. ishh. YA, ALLAH, tolonglahh aku. aku manusia biasa. kalaulahh aku boleh baca pemikiran orang. mesti aku takkan tertipuu. tolonglahh aku.

*telinga aku sakit ni. tadi ada orang jerit kat telinga aku. bungukkk tol la kan. nasib baik tak sumpah jadi sesumpah. grrrr --' suara dah la cam babuunnn.

akusakithati,
fateenbaikhati.

23 June 2012

after this, i sleep

i can't loving you.
cause your heart is not beating for me.
n yet, even if we have chances to be together.
i might not choose you. because i had learn from past mistake, and I'm so afraid to taking any risk at this time.
my dream now is not to get love or what ever.
it just i wanna be successful in what i'm doing and taking now.
for me, it still easy than being in love.
im not gonna let my heart is miserable with all  those stupid feelings anymore.
whisper to myself, today, im standing here in uitm dungun, terengganu is to achieve what i wanna be.
 

*sorry for the bad grammar. actually im not good in english. sorry again :)

fighting till the end :)

tidurtidur,
fateennaktidur,

ignore kan saje ?

well, i know my header buruk . buat semak blog je. takpelah, ni kes malas. okehh. dah lama tak buat background blog warna hitam. kih kih. huhu. hari ni saya jahat tauu. saya nak mengumpat pasal sorang 'abang' kat tempat belajar saya ni. dia ni kan , saya gelar dia PP. PP stand for playboy pendek. haha. sesuai dengan nama nya, dia bagi saya seorang yang gatal. semua perempuan dia nak conquer, habis tuu, dia ingat sume perempuan tuu minat sangat dengan dia, oh! please, i hate him damn much. dahlaa bajet hensem padahal takk. dahlaa pendek dari saya pulak tuu. selamba je dia dok cuit pipi anak dara orang, dia ingat muhrim ke? cuit tanpa rela pulak tuu. yang budak perempuan tuu pun cuba nak elak dari pipinya dicuit muit. ohh! bukan sorang je yang kena. aku punn tak bape nak ingat bape orang yang kena cuit tuu. ishh! gatal betul ohh. sakit mata memandang. muka memang lahh bolehh tahan. tapi, janganlah awak dok ingat budak perempuan sume tergilakan awak. nak kata tak tahu agama kang marah. dahla kau tu ada jawatan. buatlah cara orang berdisiplin sikit. awak jangan nak ajar junior iaitu lelaki sebaya kami untuk meniru perangai awak. nanti kang, dorang cakap camni ' eyh abg senior buat, asal saya taklehh? ' . so, aku nak tegur punn, kang ada orang cakap aku nak tunjuk terer depan senior. ohh! please, i just wanna say to that PP, that girl's dignity isn't cheap. so, you beware, kitorang taknak pun dipegang pegang. geli. well, aku cakap banyak punn, bukan aku yang kena, hehe. cuma kesian kat member aku yang kena tuu. mesti dia rasa tercabar gilerrrr. dicuit pipi oleh abang PP tuu. haha, nanti pakwe dia nampak kang. habis kau PP, ko tu dahla badan kecik. sekali kena tibai, 3 bulan kat ICU babes. haha, well. itu je for today. aku malas nak mengumpat banyak. tahulahh perempuan. memang suka menganyam ketupat. hmmphh. if PP ada depan aku sekarang, aku nak cakap kat dia camni  'tangan ko tu dahlaa bau belacan basi, pastu nak cuit cuit pipi anak dara orang, sepak pipi kau kang, nak?'


akunisukamengumpat --'
fateenyangbaikhati

22 June 2012

im still waiting and im tired

ohh. why i have to wait for you even i already know that i have no chance to get you? selama ni aku buta agaknya. aku patut sedar dari awal lagi sebenarnya yang aku langsung tiada peluang. kenapa aku tetapkan hati aku untuk suka pada dia sorang saja. aku dah cuba lupakan dia. tapi, tak boleh.

i know i was weak. but then, it was before. now, i must stand tough even what ever happen, i must forget about you. dulu, aku masih tak matang. menyukai seseorang bagi aku tidak menyakitkan. sekarang, aku rasa benda tu membunuh aku. dari luar, memang langsung tak kelihatan apa yang sakit sangat. tapi, dalam hati, dalam jiwa ni, dah hancur. dah kebabomm. aku lemah sebenarnya. aku cuba untuk nampak kuat di luaran tapi dalaman aku tetap lemah. it is true.

aku percaya. aku masih boleh hidup tanpa dia. i believe it. but, i don't believe in myself that i can forget about him easily. it's been five years. and nothing had changed. still same. percaya yang akhirnya aku akan bersama kau. bukankah itu kelihatan bodoh. tak sedarkah aku bezanya dia dan aku. keindahan itu ada pada dia. aku tak. aku sedar. you see it. aku dah sedar. apapun yang terjadi. dia takkan pernah jadi milik aku. sedarr. aku bukan ditakdirkan untuk menjadi sebahagian dari dia.

mengharap akan ada duplicate of him :) and if ada, aku pasti takkan lepaskan yang duplicate tu asalkan dia memang sebijik macam kau. aku mengharap. tapi, kau ada satu je dalam dunia ni, walaupun ada tujuh pelanduk dua serupa macam kau, aku tetap inginkan kau. sebab aku suka kau bukan pada rupa, tapi memang aku suka semua pasal kau. kelemahan kau, kelebihan kau. aku suka semua tu. tapi, aku takkan punya. mimpi jelahh fateen oii.

aku penat tunggu kau. jadi aku putuskan aku takkan tunggu lagi. tapi, aku akan tetap suka kat kau. walau apa pun yang terjadi aku akan ingat yang aku pernah suka kat kau dan masih lagi suka. aku suka kau tapi sikit pun tak mengharapkan balasan. betul, tapi aku penat. bye.

stillwanttowaitforyou,
fateennurnadhira

14 June 2012

11:28 in the night

malam sudah lama berlabuh. aku yang tadinya terasa ngantok, tapi sudah kembali segar. menghadap semula blog ini. tangan kembali menulis. berlatih untuk menaip laju selaju yang mungkin. hehe, macam budak office pulakk. tapi, budak CS kena lagi laju taip. hehe, malula, kalau lambat. hehe, takpe. lambat takpe. biar lambat asal selamat.

aku terkesima dengan diri aku yang tak kenal erti sakit. kenapa kau melakukan perkara tersebut? sedangkan kau tahu itu hanya membuat kau sakit. dan tak siapa peduli pun. seberapa penat aku menghela nafas ini, tak siapa yang tahu sebab apa aku masih lagi bertahan. kan?

selamat datang ke dunia yang penuh ranjau ini. tak siapa yang tahu samada kau mampu atau tak. sebab aku yakin aku boleh. aku bukan orang yang jenis yakin pada diri tapi, aku yakin aku mampu. sudah aku jelaskan yang aku tak kenal erti sakit apabila berhadapan dengan kau. kalau kau baca artikel ini. mampukah kau mengerti ayat ayat serabai kat sini. kerana hati aku begini sekarang. kusut dan masaii --'sebabnya jika aku terangkan dengan jelas kat sini. belum tentu orang akan mengambil peduli.

masing masing tak mengerti. tapi takpe, bukan pengertian yang aku harapkan. kerana cukuplah sekadar hearing not listening. ini luahan jiwa. kacau kabut. aku pergi ye.

hearing while listening:
fateensediamendengar,
*aku sudah ngantuk

cerita sedih memang ada

kali ini, posting tidak begitu indah. hanya cerita sedih yang ingin disematkan kerana itu tujuann aku menulis sekarang. hmmphh :) seiring dengan iringan instumental yang emosional dan sentimental itu. mungkin bakal membuat anda menangis. hehe .



sebuah cerita yang hendak dikongsi. mungkin nampaknya terlalu bosan. tapi, niat memang hanya untuk berkongsi bukan nak menyatakan kasihannya diri aku. seseorang itu telah dimiliki. pastinya sukar untuk dia menjadi sendiri. kau tahu apa maksudku. coretan ini kadang kadang hanya aku yang faham. hmmph :) he was the one that i like. tapi, dia sudah ada seseorang yang sungguh sempurna luar dan dalam, bagi aku tiada kekurangan satu ape pun. sungguh aku tahu yang dia sudah tidak boleh dimiliki lagi. tapi, biasalah hati ni degil. jadi, aku biarkan perasaan ini terus melompat lompat dalam hati aku.
jauh di sudut hati, cuma tuhan yang tahu betapa aku mengharapkan dia. dia sungguh baik. tapi, biasalah orang yang baik pasti menemui pasangan yang baik juga. sedangkan aku, iman tidak seteguh mana, sekali disergah runtuh segala, aku bukanlah baik mana. aku tak lembutt. dan aku tidak layak berdiri seiringan dengan dia.
dalam jiwa aku ingin menjadi sempurna. tapi, apa yang tuhan sudah beri, aku hargai. memang tidak dinafikan kadang kadang aku pertikaikan kejadian ini. tapi, sebelum terpesong sempat aku sedarkan diri betapa aku ini cukup bertuah.
walaupun aku kerap merasakan selalunya apa yang aku mahu, aku tak dapat. sebenarnya masih lagi banyak manusia yang banyak dugaannya. aku masih dikira sempurna kehidupannya. bukanlah sempurna fizikalitinya tapi hidup yang aku rasa ini sempurna. masih ada banyak yang menyayangi aku. kalau seorang tak sayang, aku masih boleh hidup.
sebab jujurnya, hidup aku untuk kedua ibu dan ayah, mereka pendorong aku untuk menjadi kuat. pelayaran hidup memang sukar. cinta? perlukah ia untuk memberi kekuatan dalam diri. ya. cinta dari ibu, ayah, kawan-kawan. boyfriend? haha, rasanya itu tak perlulah kot sekarang. hmmhh :) dan terakhir aku ingin menyatakan aku sebenarnya berlagak kuat sedangkan aku sungguh lemah.
buat seseorang yang aku like it itu. aku tak mahu kau sedar aku memerhatikan kau. sebab, aku tahu kau akan jijik dengan aku. walaupun kau baik, tentunya perasaan jijik tu tetap muncul. aku bukan perempuan yang baik seperti dia yang kau puja. aku ini lemah. tapi selemah aku, aku yakin diri aku terbaik. entah. tak baik pertikaikan apa yang tak pernah terjadi, dari jauh aku mengharap, dari dekat aku berundur, aku sedar betapa tak layaknya aku untuk kau :)

jiwangnyaorangni,
fateennsangpenulis

12 June 2012

stupid mistake ke ?

hari ni terasa penat sangat. waah. da macam kerja buruh kasar. hari ni hari kedua belajar. fuhh. memang nak cakap susah lahh ni. tapi, kelas memang enjoy la wa cakap kan. enjoy ke? aku rasa macam aku dah separuh tidur dah tadi --' ngehh. takpelah. at least aku tak tidur kroihh kroihh camtu kan. hehe, balik kelas je terus melahap pastu mandi. ngeee ngee. sekarang tengah baring atas katil. tengah baring baring ni kan. mata tengah kuyu ni. pastu terfikir rasa cam nak unblock je sorang budak ni. haritu baru je dia approve me as a friend on fb. tak lama pastu aku block dia. sebab aku block dia jangan tanyalah kenapa. hehe, adalahh kan. pfft. so, akhirnya aku unblocklahh dia. ngee :) woii.

setiap hari aku berharap untuk dapat tengok dia. tapi, bila dia dah ada depan mata. aku mula buat sombong taknak pandang. kata dalam hati 'nape budak ni ada kat sini! aishhh. spoil la.' sebenarnya, ada udang di sebalik mee, kita sebenarnya suka dia ada kat situ. dapat tengok dia. tapi, masalahnya jika dia sering muncul kat mana je kita berada, kita tak dapat nak lupakan dia. target sebenarnya nak lupakan dia. yelaahh. orang yang comeyyy gitu macam dia sah sah ada awekksss cunn maa. sedang aku ni macam ape --' berkk. oklaa, tapi mungkin melihat dia merupakan suatu keindahan yang tak dapat digambarkan jadi aku curi curilahh pandang dia. hehe,

walaupun hati ni penat dah sebenarnya menyukai tanpa disukai, tapi, perasaan nilah yang buat aku tabah sampai sekarang. well, kalau nak ikutkan memang aku ni suka menyukai orang. hehe, woii ''o !

jadi, aku terpaksa untuk membiarkan perasaan ini hilang dengan sendirinya tanpa perlu dipaksa langsung. aku tak percaya tanpa dia aku tak boleh hidup sebab itu aku percaya aku mampu lupakan dia suatu hari nanti. betul kata ini, menyukai seseorang boleh terjadi dalam sekelip mata sahaja, tapi belum tentu dapat melupakan dia dalam seusia hidup kita. dan anda, kalau tak faham, dipersilakan buat buat faham sebab sini tak ada kaunter pertanyaan. sorry :)


kadangkadang aku masih mampu mengawal perasaan aku. hampehh --' story of my life, only somepeople could understand it. pergghh ,

janganjatuhcintalagi,
fateennrindusamadia

8 June 2012

Day By Day

semakin lama disini, aku pasti yang keseronokan untuk belajar pasti muncul. mmph, tiada banyak yang diharapkan, hanya inginkan diri agar dapat membiasakan keadaan disini. setelah aku tahu, kehidupan di kampus bukan semata-mata nak enjoy kerana bebas dari kongkongan keluarga tapi sebaliknya dipenuhi dengan pembelajaran yang penuh membuat otak menjadi mereng. hmmph. bila terfikir balik, aku mahu cepat menghabiskan pengajian disini. seterusnya, ke alam pekerjaan pula, entah apa lagi yang aku hadapi. sekrang baru aku sedar yang sebenarnya hidup aku masih panjang tapi masa berlalu dengan pantas. sehingga tak perasan yang aku kini perlu jadi yang paling baik berbanding yang baik diantara yang baik-baik. entah. pemikiran kosong. hanya berharap aku mampu menempuhi dunia belajar ini dengan sepenuh keberanian.

yang aku percaya aku mampu lakukan itu, kadang-kadang apa yang aku tulis ini kenampakan skema tapi sebenarnya luahan hati lebih nerd dari itu. hati menangis. tak tahu sama ada ini pilihan terbaik berbanding apa yang terbaik. aku teringat kata seseorang, Allah takkan menguji lebih dari apa yang kita mampu. sebab itu, apa yang Allah sedang rancang untuk aku ini, Dia tahu yang aku mampu lakukan ini. Dia tahu aku boleh menghadapi cabaran ini dengan penuh kekuatan.

Seperkara sebelum berundur untuk tidur, kalau korang pernah jadi secret admire towards somebody. dan somebody itu sudah mempunyai seseorang, janganlah kita terlalu berharap padanya. kerana apapun yang berlaku dia tetap akan memilih pilihan pertamanya. kita adalah orang ketiga dan biasanya yang ketiga ini yang dipandangrendah oleh orang lain. tapi tak salah kalau nak try kann. hehe, pesanan tersebut untuk aku. 

awanbirudiataslangit,
fateen