4 December 2012

Jadi terbaik

Segala kelemahan kita, kekurangan kita. Bukan menjadi penghalang. Aku tahu sesetengah orang menganggap itu sesuatu perkara yang memalukan. Sedangkan aku rasa semua orang ada kelemahan dan kelebihan. Walaupun ada je orang yang kita tak nampak di mana kelemahan dia.
Sebenarnya. Itu tugas kita, mengatasi kelemahan kita. Berusaha menjadi lebih baik dari hari ke hari. Rasakan sebenarnya masih ada yang sayang kita. Yang mahu terbaik dari kita. Walau gagal setelah cuba, masih ada peluang untuk meneruskan perjuangan. Tak semua orang percaya kita kuat tetapi sebenarnya kita mampu. 
Dan kadang kala ada orang memperlekehkan kita sebenarnya dia penakut. Dia tidak pernah berada di tempat kita. Jadi dia tidak tahu. Dia juga takut untuk berada di tempat kita. Dan dia sebenarnya juga mungkin pernah merasa itu. Jadi untuk membina semangat dia, dia memperlekehkan orang lain. Dia berfikir dia sudah cukup bagus. Tapi, dia seorang yang sangat menyedihkan. Hidupnya hanya bahagia ketika memijak orang lain. Dan dia sebenarnya sudah kalah. Kalah mengawal diri. Kalah untuk menjadi matang. Belajarlah menghormati orang lain, dan dengan itu orang akan menghormati kita. Cuba, untuk sedar. Manusia sama saja. Bezakan yang mana keanak-anakan dan yang mana patut kau jadi. Umur semakin meningkat. Segala masa kanak kanak telah lama ditinggalkan. Jadilah seseorang yang boleh dibanggakan dari segi positif. 

//nasihat orang takdok kejo.