13 December 2013

Monkey Hamun

Assalamualaikum.
Cerita pasal beruk beruk yang ada kat sini,
Haha,
Okay. Diorang start memburu kat each of block asrama kat sini,
pada pukul 5-6 laa;
but sometimes if they were too hungry, diorang akan keluar awal.
Ada yang muda mudi, ada yang abah ummy,
Ada yang siap bawak baby.
Hihi, memang agak rakus jugaklah sepanjang pemburuan
dilakukan ni.
Ada suatu petang tu, I just got back from class,
And I never thought that beruk beruk, or monyet monyet or whateverla,
will keluar that time.
Because musim tengkujuh baru je berlalu,
So, diorang dengan aktifnya pasti keluar mencari bekal bekal makanan,

Aku pun agak terkejut when I arrived at my floor, 
It was just a big chaos.
Haha, with the beruk there and here,
and also depan pintu bilik aku.

Ottoke, ottoke.
Haha, nasib baik aku jumpa hamba Allah ni,
yang baru keluar from her friend's room.
She want to get into her room,
It was a lil bit far from my room,
So, dia mesti harungi dua ekor monyet + baby yang dikendong.
Muka beruk ni tak boleh bla punya bengis.
Haha, nak nak ibu si monyet.

Kihkihh,
mereka suka tau takutkan takutkan kitorang,
eventho I know laa they kinda afraid of us too,
takut kita bawak bom ke, pistol ke,
But I let them doing their work first.
Biarkan dorang cari makanan ke sampah ke?
Mereka sedang lapar.
Berbulan hujan, mereka kebuluran.
Rakus lain macam sikit.

Then after 10 minutes camtu,
Barulah diorang gerak,
Habis sepah sampah sampah. Aduh,
bukan nak kemas balik dorang ni.
Dah makan sedap sedap. Ish ish.

5 December 2013

Tak Kena Masa


Baru sahaja memiliki karya karya independent, karya karya anak anak muda.
Tapi, kenapa sekarang nak buat karnival macam ni.
Terpaksalah beli sekarang eventho memikirkan ptptn yang sudai longlai.
Haha, kan best if the carnival buat after dapat baucar buku.
And I'll borong each of the book! Hish. 

2 December 2013

Some words can heal the worst heart

Aku bukan mangsa keadaan ,
meskipun aku merasakan begitu,
Keadaan aku lemah menjadikan aku mangsa.

Keadaan rekaan sendiri menjadikan
aku terperangkap dengan drama
drama manusia.

Meskipun akhirnya pasti bahagia.
Tetapi, konflik plot cerita ini,
terlalu sukar untuk aku tempuhi.

Aku tak penat.
Aku cuma mahu aku rasa diperlukan.
Aku cuma mahu dia berkongsi.

Kalau tak,
Lepaskan aku dari menjadi watak utama
Dalam cerita ini.

Biarkan aku menjadi seseorang di sebalik tabir,
Yang mencurahkan segala usaha
Tanpa mengharapkan pujian dan popular.

Welcome Back


This semester. The opening gives me a good impression.
Good hope. All the past, I let it go.

This semester, I just want us to become more closer.
Yes. Of course we must having some problems and hard times.
But, as our age getting increased, I hope we will endure it perfectly.

Bcs my feeling towards all of them is really big.
They are my family here, in Dungun.
They listen to my probs, give me some talk that bring it back my spirit.
Give me a lot of laugh.

Tho some words can break my heart, can challenge my patience,
we may not talk for few days,
but I believe it will be okay someday.

Hey dude. We may not see each other again. But, I hope you'll not forget about me :(

22 November 2013

We dont know the future.


Banyak yang jadi,
Banyak yang pergi,
Banyak yang baru,
Banyak yang rindu,

Bermula semester baru,
Bermula azam baru,
Bermula buku baru,
Bermula muka baru,
Bermula hari baru,
Akan bermula tahun yang baru.

Akan datang puasa yang baru,
Akan datang raya yang baru,
Tanpa dia semuanya baru,
Tanpa dia semuanya berbeza.

Semoga kita berjumpa lagi di alam yang baru .


She's the best that I can't ever forget. I love u, wan.



The neighborhood

Tak sempurna tak bererti kita tak boleh menikmati dan menghargai setiap saat dalam hidup.
Every second is precious :D And I'm gonna make everyday as its no tomorrow.

Listening to this band recently.



8 October 2013

ter-post


you won't care,
even a little tiny things,
you wont care,
as much as i do,

youve got somebody.
but im not your somebody,

ive got somebody,
and that somebody,
its you.

youre important person to me.
even everything in reality doesnt seem like it,
but, yes you are.

sebab aku terhadap engkau,
aku yakin.

7 October 2013

Raining

"Ah, malam ni tak hujan ke?"
Tak seperti semalam dan kelmarin,
Rasa sejuk malam malam begini,
Menyelingkari sehingga ke tulang belulang,
Selimut yang tebal pun belum mampu,
menyelubungi diri dengan haba.

Agaknya macam mana dengan orang,
yang tiada tempat tinggal,
masih terpinga pinga di jalanan mencari makan,
basah dek hujan belum mampu,
membekukan semangat mereka.

Aku tersedar.
"Mungkin, malam ni tak hujan gamaknya"

Ada benar


Semester ini, agaknya jauh                            cita cita tu nak jadi fakta.

Mungkin kesudahannya mitos je kot.

Entahlah, rasanya usaha yang aku bagi tak seiring dengan keinginan tinggi yang aku letakkan.

Mungkin harapan.

Tapi harapan pun ada yakinnya,

Kalau dapat, itu semua kuasa DIA :)

Kalau tak? Tak pelik pun kot.


Basuh kepalaaa


Ye,

Bagak bagak otak.
Segala kejadah itu aku mahu campak campakkan.

Kepala berat, tersengguk sengguk,
Bye.


Differ


Rasa takjub pun ada, rasa diri lemah pun ada.
Lihat dia dengan hampir sempurnanya,

Cubalah jadi diri sendiri, tak seperti orang lain.
Tak, aku nak cuba, kemahuan aku seperti dia.
Namun agaknya pemikiran aku masih didalam kotak.
Gelap mencari, jari jemari masih terhenti.

Dan dia...
Mungkin aku bukan seperti dia.

Jari jemari terhenti lagi.

4 October 2013

Crush Crush Crush




Well, seperti biasa, gambar takde kene ngene ngan entry sebenarnya. Heeeeee.

Ni my friend, Hanna cakap. Kalau kita dah start borak dengan crush kita then takde speciallah makna crush tu. Eheem, betul jugak kot. Sebab secret admire ni macam psiko sikit. Memerhati dari jauh. Bila dekat, nak pandang tapi macam taknak pandang. Kalau pandang crush tu, pandangannya macam nak bunuh je crush tu. Haha. Tapi, sebenarnya, dalam hati eksaited nak mampus bila nampak crush depan mata. Haha. 
"Im not gonna ever start showing my effort to convert this dream on to reality.
But, either you like it or not I'm not gonna talk to you,
like we're friend.
I love this feeling when I want you to be my crush only.
If we'll start having a conversation.
Then, you would never be my crush anymore.
I will change you with someone else to be my new crush."
Apa jenis manusia entah aku ni?
Hahaha.
Sebab, istimewanya ada 'crush' ni,
kita dengan kawan kawan kita jadi eksaited terlebih.
Mulalaa ada yang menolak nolak.
Menggedik gedik. A-hhaa.
Tapi, kalau dah start borak dengan 'crush' macam kawan.
Then, kawan jelah. Takdelah special dah 'crush' tu.
Lainlahh boyfriendd. Boyfriend bukan kerash.
Betulkan. Boleh je ada boyfriend tapi ada crush, kan?
Hahahahaha. Bye, Assalamualaikum.

Moisturize my Face


Taraaaa!


Hihi, malam tadi aku pakai mask kau. Tapi, mask ni murah je, beli kat watcennn. Rasanya ramai kot yang pernah try. Hihi, reason sebab pakai, sebab muka ni haa. Nampak macam dah teruk dah. Penat kot study. Seronoklaa muka hari ni. Kelembapan yang maksimum. Hee. Syoknya. Tapi nak pakai yang shiseido. The black one, bila pakai rasa macam orang minyak pun ada. Tapi kat watson, cam tak jual je. Hmm. Takpelah, that's why beli yang ni tu. Because it was made from korea. Hee. Menarik perhatian betul. Comel lagi satu reason. Hee. Kat rumah nanti nak beli banyak banyak banyak lagi. K, bye. Assalamualaikum.

Sobbb

Assalamualaikum.

Hihi, wahh. It's raining outside. Hihi, 'Let Her Go' still playing. Dengan hujannya, adalah rasa macam ketenangan tu. Hehe. Tadikann, tengok running man ep 165, ahhh. Seghonoknyaa. Tapi sekarang ni bukan nak cerita pasal tu.

Nak cerita ni pasal projek yang kitaorang buat tu. Em. Yes, madam kasi semua kosong. Kalau fikirkan memang melampau sebab tak kesiankan kitaorang langsung. Kitaorang dah spend one day untuk projek ni. Dah bagi komitmen sepenuhnya untuk jadikan program ni berjaya. Tapi, sebabkan last class, yang ramai sangat kejadah tak datang tu pasai apa. Aku takpa aku ada pengecualian kuliah. Hm.

Tapi, nak marah madam pun takde guna. Eleh, kalau aku cakap pun, still korang rasa ayat aku ni boleh pergi mampus laa kan? Hm. Aku rasa berbalik balik semula pada awal awalnya. Semua ni berpunca dari kita sendiri. Madam dah cakap pasal projek ni sejak awal sem lagi. Sepatutnya orang yang bertanggungjawab tu kena ambik tindakan awal awal. Madam kasi chance tak payah buatlah projek tu sebab tinggal lagi two weeks je, just buat 5 past years sebagai gantinya. Tapi, sebab kita fikir pasal malas kita, busy kita. Entah busy apa pun tak tahu. So, madam kasi chance kat sorang member kitorang ni yang nak gunakan Bengkel dia sebagai ganti projek kitaorang yang tak jadi tuu. So, madam terima. Thank you, madam.

But then, aku rasa madam dah annoyed gila dengan sikap kita yang tah apa apa ni. Tak datang kelas? Wait. Aku pun tak tahu berapa ketul yang datang tuu. Emm. Padanlah, madam tak tahan. Dan madam merajuk tak nak terima projek ni. Hm. Takpelah. Aku dengar senior cakap Madam ni memang best, sporting. Tapi, mungkin kita yang salah. Mungkin kalau tempat aku kat madam pun, aku marah. Tapi mungkin cara dia. Kalau dia marah, baik dia tunjukkan dengan action dari dia pendam. Hm, takpe madam. Hopefully, madam takkan dapat dah anak murid cam kitorang ni.

Sedih. Memang, kitorang dah buat dah projek tu. Eleh, rilekslahh. Takyah target A lah senang , asal lulus jadilah subjek ni.

Let Her Go



"But you only need the light when it's burning low
Only miss the sun when it starts to snow
Only know you love her when you let her go

Only know you've been high when you're feeling low
Only hate the road when you're missin' home
Only know you love her when you let her go" - Passenger

I keep playing this song from both version, Passenger and Boyce Avenue. Love both but I think Boyce Avenue's version was the one who grabbed my interest to fall in love w this song. Hehe, sorry.

2 October 2013

Innocent Girl



Selepas semua perkara jadi kat kau.
Banyak air mata kau jatuh, aib kau semua kawan kawan kau tahu.
Bila aku tahu kawan yang kau panggil kawan tu mengutuk belakang,
tentang salah kau, akan aib kau yang kau cerita tu,
Kau tahu menangis, kau tahu salah kau.
Kau tahu. Kau sedar. Sedar.

Apa yang sedar? Apa yang aku dengar dulu tak sama dengan apa yang aku lihat dekat kau sekarang. Dulu, kau cakap kau nak berubah, demi keluarga. Ibu kau, ayah kau, adik adik kau. Tak pernah fikir, kau belajar kat Universiti Swasta tu, berapa banyak kerahan mak kau untuk bayar segala gala kemahuan kau tu. Segala yuran, baju cantik kau, buku buku kau, beg kau, kasut kau. Bila? Bila kau nak berubah? Bukan berubah seperti sekarang. Sebelum ni, masa kau nangis nangis, simpati aku kau hendakkan, nasihat aku kau mintakkan, sesalan yang kau luahkan. Semua tu tak membawa erti apa apa ke? Kenapa lebih banyak negatif yang aku nampak dari positif. Seronok ke? Seronok?

Aku tak mungkin rapat dengan kau lagi, memimpin kau untuk seiring dengan aku, bercerita masalah kita sama sama dan gelak ketawa sama sama. Aku tahu kau masih ingat aku, kau masih rasa aku kawan baik kau. Tapi, aku bukan ada dengan kau lagi dimana kau berdiri. Dan, kau dah cukup besar. Kau boleh sendiri, mencari jalan tu. Walaupun takde aku, dia, dan dia yang dulu pernah dengan kau.

"See, your family are there to hold your hand. Bring you back. But, you proud of he that hold your hand. Your mother kiss on your forehead every night before you sleep. But you dirt your forehead with a kiss from someone who doesn't related to you at all?"

Walaupun perubahan tu mungkin berat. Nak nak, berubah ke arah baik. Takut apa orang kata, takut orang menjauhkan diri. Tapi, yang pergi tu bukan yang bagus untuk kau. Jadilah seperti dulu, you're just innocent girl in my eyes. Like before, the past. Kau cuma dipengaruhi, kerana pegangan kau tak kuat. Sebab tu. Just, I hope, please think about your family. Only that reason, can bring back the old you.


1 October 2013

Typing Mode in the Morning







Merasakan diri tidak sempurna tu bukan
bermaksud merendahkan diri atau memijakkan diri atau apa,
aku cuma rasa Sempurna tu hanya Allah.







Enough is enough


Sesetengah memang menarik aku untuk menghayati,
setiap bait bait huruf yang ditebarkan.

Sesetengah lagi..

Melihat orang menulis puisi sepatah sepatah.
Memang penat dan muak.
Lebih lebih lagi pasal cinta.
Bosan aku dengar orang mencarut pasal cinta.

Puisi macam tu kat twitter dah terlalu common dan typical.
Sehingga aku tak dapat nak selami kesenian erti,
bagi setiap warkah yang ditaip itu.
Apakah aku yang tak berperasan atau memang,
seni tu seperti pudar kerana tiada oraginaliti yang aku nampak kat situ.

Apakah sebab trend semasa, ataupun minat diorang,
ataupun cuma nak mengejar populariti shared and retweet,
Dikenali ramai, atau apa?
Aku tak faham.
Jujur aku rasa, tak semua ada bakat tu.
Sesetengah sahaja.

Aku bukan cemburu sebab aku tak ada bakat tu,
Tapi, please people don't make it looks so cheap,
because the real it's very valuable.

Aku jatuh suka kepada Karya Zahiril Adzim dari buku beliau 'Bogel Menuju Tuhan'.
Try la baca, hehe.

Just too addicted


Watching somebody study for the upcoming exam,

I feel like I'm just a really bullshit lazy.

Writing again in this b l o g,

But why, I can't let you go,           b   l     o     g     ?

O h , o t t o k e , s a r a n g h a e,

30 September 2013

I don't think I can

When I'm up, I wanna go back down.
I think that's the best place I stand.

Where I don't mess myself with problems.
Where I only think about fun.
Where joy really means everything.

Where I don't have to let everybody knows me.
Where I have a low-profile life.
Where I only socialize with my gang.

Where I spend my time after class with korean movie or sleep or eat.
Where I don't get stress with the important task given. 
Where my day, 70% only at the hostel.

I just love myself not being known by many people.
I just love myself don't have to do that.

But now, I have to.
Faking myself just to let everybody knows me.
Behave myself just to let everybody trust me.
Control myself just to let everybody likes me.
Because now, I'm no longer at the ground.

No matter how much I hate it actually,
I can't go back down anymore.
I must continue with these all lies.
And nobody knows, how sad my life now.

Regret? I can't.
I choose this way from start.
And let's end it with a beautiful ending.

Afraid


Aku takut.
Takut aku tak boleh seiring dengan orang orang yang perlu.
Takut aku mengabaikan tanggungjawab yang diberi.
Takut aku tak mampu menyelesaikan masalah yang mudah.
Takut aku dipandang sebagai tak boleh diharap.
Takut.

Aku takut apa orang kata.
Sebab walaupun ramai yang nafikan,
Sebenarnya sedikit sebanyak mulut orang,
boleh menaikkan dan merudumkan semangat kita.
Keyakinan kita.
Aku cuma takut bila begitu.
Aku kehilangan kepercayaan orang orang
yang aku sayang dan aku perlu.

Konklusinya, aku takut orang yang aku sayang,
Semua pergi. Dan tak percaya aku lagi.

Maybe not you, maybe someone else

     Aku rasa macam dihempap sebuah batu besar ke atas kepala. Aku rasa beban yang tak nampak ni lebih sakit dari beban yang boleh dipandang dengan mata kasar. Itu, aku cuba hilangkan. Mula-mula, sakit dia tak seberapa. Tapi, mungkin keputusan dia tak seperti aku bayangkan, jadi aku jatuh. Bukan di realiti, fantasi yang aku reka sendiri. Akhirnya aku penat dengan segala beban beban beban yang aku halusinasikan ini.

Some




I can like people.
I just don't love easily,

Hm-m


             I know something that we planning, sometimes not all of it will run smoothly like we want. Hum. Why do I write stuff like that? Well, to be truth, some things that I planned weren't going like I want. Some important things end up to be unexpectedly horrible. Even thought the progress isn't like what I imagine it to be like,  I hope the result will come out to be okay. I'm not being greedy. 

13 September 2013

Precious Memories




Bila fikirkan balik apa yang dia cakap, rasa macam tak percaya. Yelah, she's too young. 19 kot. Ahaha. Bukan aku taknak percaya tapi ni dua bestmate aku masa al-Farabi dulu dah jumpa jodoh diorang. Alhamdulillah. Firstly, Hamiza then Azda. Memang tak percaya, baru rasa macam semalam kitorang sama sama dengan sakainya dulu dulu. Makan sepah perangai terabur minat abang senior hensem hensem gelak kuat kuat main UNO card dalam kelas main truth or dare sepahkan kelas gossip time cikgu ajar kalau gaduh ada yang pujuk ada yang ignore je. Apakah ini? Rasa macam kita masih lagi bawah umur. Tapi, sedar tak sedar dah lama masa berlalu sejak tingkatan tiga. Semua hilang pergi ke Teknik, MRSM, pindah sekolah. Tingallah berapa ketul kami di Sekolah saujana tu. Azda dan Shayana ke MRSM, Anis ke sekolah puncak, alam, Fyra ke teknik, nurul dan syahirah kelas lain. Tinggal aku, kyra dan farah je. Sedih tau. Apa apa pun Tahniah Azda, tu gambar besar aku isi. Kenangan kenangan. Heee. 2011 tu. Nampak macam tangan kau panjang sangat azda.

//Selamat menempuh alam perkahwinan. Semoga bahagia sehingga ke anak cucu yee.




The progress



I've changed my blog's URL. Just, I don't some of people to read it. People that doesn't related to me at all. Other than that, I think my blog has become a little private than before. A-ha. I do open my facebook and twitter account. But, seriously. I didn't update anything. Just retweet some of friend's tweets. And check if there's news on both accounts. And, stalk some.

One.

Final exam will come soon. And, I don't prepare anything. That's a big congratulation for me. Yah. I do want to talk a lot. There's so much things happened recently. Busy with study, club and performance for gamelan. Alhamdulillah, the gamelan running smoothly. Hehe. One task already completed. Now, two more to go. Handling as treasurer for upcoming camp under my club, and lastly Final EXAM. Just waiting for this camp will end successfully and I can give my hundred percent toward the Exam. Actually not just that, next week must be really a tiresome week. All the assignments, mini project and final project must be submitted within upcoming week. With all of that, how can I spend my time for this? Okay, got to go. InsyaAllah, continue with the works.

5 September 2013

Suara seperti operator?

Gelabah,
Gelabah,
Gelabah kuasa sejuta.

Haih. Bila rasa gelabah ni nak hilang, berhadapan dengan orang orang tertentu. Patah yang keluar dari mulut tu seperti tersekat sekat. Gementar diekspresikan melalui nada suara yang terketar-ketar. Bila rasa gelabah ni nak hilang? Bila aku nak jadi yakin pada diri? Susahnya. Peluh dingin menambahkan lagi rasa gelabah tu. Tak tipu.

4 September 2013

Us Equals to Odd





Agaknya

boleh ke aku
memiliki sesuatu yang
orang tak ingin miliki


tapi

aku mahu sangat
memiliki sesuatu tu?

Seperti dia.




Name maybe same, but people don't


"Faten, faten,"

Sayup sayup kedengaran seseorang menyahut namaku berulang kali.
Ke kanan, ke kiri kepalaku berpaling mencari punca suara itu.
Siapa? Soalan itu muncul.

"Ten, aten,"

Berbunyi lagi. Tapi, kali ini panggilannya disingkatkan.
Ayush ke? Aku mencari lagi. Kali ini memalingkan keseluruhan badanku.
Henti. Tak ada dah suara tu. Aku cuma terdengar suara sekawan ketawa.
Ahhh. Baru aku sedar.

Bukan aku sorang yang nama faten kat sini.
Mungkin aku sorang Fateen.
Tapi, bunyi faten tu ramai yang ada. Pasti.

3 September 2013

Again and Again












Sedang , The Odds by Saybia , berulang kali tanpa henti









Pikiran Kolot


Aku terkilan.

Terkilan yang sangat.

Mungkin ini apa yang tuhan mahu tunjuk.

Mungkin ini bukan jalan yang sesuai untuk aku.

Mungkin aku patut lepaskan semuanya.

Mungkin aku patut lupakan dia.

Ini apa otak kata, tapi mahu ke hati nak dengar kata?

Hati degil, keras macam batu. Tolonglah lembut. Kali ni saja.

Mulut tolong berhenti menyebut nama dia.

Fikiran tolong berhenti membayangkan dia.

Tangan yang paling penting.

Tolong jangan search nama dia kat twitter.

Awesome Dinner w Friends


Mata memandang sekeliling. Hah, bila makanan nak sampai ni. Bau bauan dah meresap ke hidung. Air liur dah ditelan berulang kali. Haih. Abang cepat sikit ambik order tu. Saya taknak cold water je. Hehe. Okay, pilih main course yang ini. Nampak macam sedap. Hiihi. Tiga yang lain turut order yang sama nampaknya.

Bismillahirrahmanirrahim.

Satu, sungguh enak menepati selera. Dua, supnya memang sedap tapi macam banyak ajinamoto je? Tiga, hidangan utama malam ni. Wah! Menyelerakan :) Huih. Kenyang dah. Tiba pencuci mulut. Memang sedap. Tapi perut sudah penuh. Takpe, masih ada ruang ruang yang tersembunyi. Boleh, boleh lagi. Katanya. Agak manis kek ni, tapi sesuai dihidangkan bersama buah beri yang masam masam tu. 


Muka mula-mula sampai ke cafe ni. Masih bersih tanpa calitan comot comot makanan terselerak di wajah. Muka berlagak comel padahal banyak kali dah telan air liur tu. Abang kat belakang tu. Saya nak order, cepat cepat.


Ini hidangan pencuci mulut. Sangat cantikkan dekorasinya. Hehee, ni je sempat diambil gambar. Yang lainnya belum sempat kamera dikeluarkan, masing masing sudah mengangkat garfu dan sudu. Hihi. Lapar lapar.


Selepas makan, pandai pula nak posing maut. Haha. Tudung dah senget senget pun sempat lagi. Daebak-nyaa masing masing. Good good. Hee.

Bila perut dah penuh. Mata memang berat. Mengantuk dah. Good night people.


30 August 2013

I can't be my true self when I in front of you


Lagi aku tak cakap dengan dia.

Lagi banyak aku suka dia. Bodoh gila.

Kalau aku boleh borak dengan dia.

Macam biasa.

Macam kawan biasa.

Macam classmate biasa.

Macam se univesiti sama.

Agaknya aku dah boleh anggap dia,

kawan biasa.

Macam biasa.

Perasaan biasa.

Perangai biasa bila depan dia.

Ini, mengada-ngada, menggedik.

Aku pun tak faham dengan diri aku.

Sakai.

Dan sampai bila? Tolong tegur aku. Buat macam biasa. Tolong tolong.
Boleh tak. Tolonglah.

Tolong lupakan


Aku tahu.

Kalau aku takde dia pun.

Aku masih ada orang lain.

Dan dia pun akan pandang orang lain je.

Tak nampak aku pun.

Sebenarnya aku ni kalau bukan special untuk dia pun.

Aku ni apa.

Bukan kawan ke?

GERAM. Rasa nak bunuh je.

Bodoh. Takkan nak aku tegur dulu.

HISHHHHHHHHHH. Malas.

29 August 2013

Hai. Saya nak balik dah ni.


It's ok love by Saybia bermain didalam fikiran. Setiap lirik berlari lari mengejar antara satu sama lain. Kedengaran agak hiperbola. Tapi, itu yang aku alami sekarang. Tangan memandang keyboard, laju menaip setiap patah perkataan. 

Dan, yeah! Harini aku balik rumah. Walaupun cuma tiga hari. Tapi sekurangnya rindu pada keluarga tu dapat dilepaskan. Alhamdulillah.

Dinner Siskom 2013

There's a lot of pictures. Tapi, ni je yang sempat diuploadkan. Hehe.





.


Nampaknya aku benar. Apa yang aku fikirkan betul.
Dan aku terpaksa berundur.
Dari hati aku menjadi lebih sakit.
Aku tak menyesal kerana ini pilihan aku sendiri.
Seperti biasa.
Soalan kenapa tak patut wujud.
Sebab.
Aku tak tahu. Mungkin masa akan mengubati semua.
Ya. Itu pasti

28 August 2013

Don't wake me up bcs that dream never end


Gembira yang ada sekarang,
Bukan penentu bahagia di masa mendatang,
Tapi kali ni biarkan aku bermimpi,
Jangan kejutkan aku.

Aku dah sedia dengan segala risiko yang akan terjadi.
Semua, sebab semua aku dah rasai.
Dah lali.

Aku pun dah penat

SITUASI SATU

"Eh, kau kenal tak si ******? Dia kan tak pergi kelas oh harini. Dah banyak kali dia tak pergi kelas."
"Ah, dia tu. Dahlah kera sumbang, suka tidur dalam kelas, pelik gila"

Padahal sebenarnya orang tu menghidap penyakit berbahaya. Jadi apabila dia makan ubat yang diberikan doktor tu mempunyai kesan yang menyebabkan dia ngantuk. Dan mungkin dia tak pergi ke kelas, kerana sakitnya itu menyebabkan kondisi bandannya tak berapa baik.

SITUASI DUA

"Weh. ****** tu memang kaki pukul kan? Tengok muka dia ada lebam-lebam, baju pun lusuh semacam, selekeh,"
"Apa lagi tu, bergaduh lagi lah tu, dia kan memang teruk. Mak bapak tak ajar agaknya,"

Apa yang kita tak tahu. Mungkin orang tu mempunyai masalah keluarga. Dan lebam yang ada di wajahnya disebabkan ayahnya seorang kaki pukul. Jadi, apabila seseorang mempunyai masalah keluarga. Tak pelik jika dia bermasalah juga dalam pergaulan dengan masyarakat lain. Tapi, kita masih boleh tegur. Bukan diumpatkan tentang perkara itu.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Lumrah manusia berkata apa yang mereka nampak. Kecuali jika mereka menghadapi pada setiap situasi itu. Agaknya mereka akan berhenti berkata. Kerana mata yang melihat tak sama dengan bahu yang memikul.


25 August 2013

Merapu meraban untuk semua


Hye,

Ehemmm ehemmm. Hehe, saya cuma nak ucapkan Selamat Malam dan semoga tidak mimpi apa-apa sebaliknya tidur dengan lena. Sebelum tidur, pastikan baca apa apa doa dan yang penting solat Isya' dulu dan kalau belum, dipersilakan. Hihi, saya memang bercakap tanpa noktah selalunya. Dan mulut saya kadang kadang tak terkeluar apa nak cakap, dan kadang kadang keluar semua benda yang merapu. Seperti sekarang. Hehe, dan akhir sekali, dah tidur tu jangan lupa kunci jam. Make sure bangun Subuh eh. Eh eh ? Haha. K, Assalamualaikum.

Berhenti menulis tak semestinya idea nak bercerita tu tak ada.


I don't think I understand you enough


Semua rentetan ini membuat aku percaya.
Aku bersalah, tapi tidak dimaafkan.
Dia tak tahu apa yang aku cuba nak sampaikan.
Mungkin ketidaksefahaman itu menjadi tali perikatan.

Dan aku sudah lepaskan.
Mungkin ini bukan jalanku.
Mungkin aku sudah tersasar.
Aku rasa aku patut berpatah balik.
Meninggalkan segala kejadian.


How should I know when you're not telling me


Haha, mood aku memang tak berapa nak bagus sangat since something happened unexpectedly. Entah, dah rasa malas nak perbetulkan keadaan. 

Kadang kadang aku percaya "Ada benda yang tak boleh diubah." Seperti sekarang. Aku dah give up. Give up pasal itu dan ini.

Bagi aku semua tu dah tak penting sebab aku dah sedar. Sedar, yang aku tak sesuai dengan situasi ni. Biarlah,

Penat dan Tired dua benda serupa digabungkan.



Entah. Mulut nak menyebut pun penat. Apatah lagi nak menaip. Tapi rasa keinginan nak bercerita tu ada. Dan, yeah! Akhirnya internet di Gemia ni dapat jugak akhirnya. Aku tahu phone aku tak boleh berblogging. Ahh. Penat. Banyaknya assignment dan project dan meeting dan dinner. Tapi ofc, lagi ramai yang busy memanjang berbanding aku. Ngeh ngeh. Umm. Penat tangan menaip semula outlining untuk Term Paper ni. Entahlah, bila bercerita pasal progress Term Paper yang terhegeh hegeh ni membuat aku menjadi bosan lalu tidak berminat. Tinggal lagi sebulan. Dan bertimpa timpa kerja yang datang. Ujian apakah ini? Eceh. *Bajet kononnya akulah student paling busy kat dunia ni* padahalnya...


19 August 2013

Some Changes


Perubahan yang begitu besar.
Sebelum ni interface blog ini aku lihat macam serabut.
Jadi aku mencari blogskin untuk men'cantik'kan ia lagi.

Tapi, seperti biasa aku tidak suka persamaan.
Jadi, aku tekad merubahnya sendiri.

Konklusinya seperti sekarang.
Aku tahu memang tak cantik.
Tapi, hasil tangan orang tak kreatif macam aku ni memang begini.

Jadi, pasrah.

Random Feeling


Seperti watak antagonis.

Kehadiran tak diperlukan.

Ada cuma menyakitkan.

Kadang kadang aku rasa aku begitu.

Sempurnanya Hari Ini



Cukup satu ayat mampu menjelaskan semua.
Harini aku berterus terang kepada Dia.
Walaupun aku tahu, Dia pasti mengerti sejak awalnya.
Tapi, harini aku yakin.
Tentang perasaan sendiri.





18 August 2013

Kelmarin dan Hari ini



Aku lihat semuanya akan kembali normal.
Tapi, hati aku yang semakin sakit.
Tak tahu sebabnya kenapa.
Tapi sakit yang bahagia :)


3 July 2013

Sahabat Lama

Awak anggap saya seolah saya tak pernah dikenali. Awak melayan saya seperti antara kita
 tak pernah ada hubungan yang erat. Awak baik dengan semua orang, tapi saya? Sekarang 
mana semuanya wahai sahabat lama? Mungkin bagi awak, saya bukan yang paling rapat. 
Tapi, segala jasa baik awak. Saya tak pernah lupa. Malah, saya bertanya pada diri, apakah 
salah saya? Bodohnya saya. Tak tahu. Saya ini jahat. Saya meninggalkan awak. Saya lupakan
 awak. Tapi, awak dah jumpa orang yang lagi baik dari saya. Saya tak layak berkawan 
dengan awak. Saya terlalu jahat, awak. Saya cuba sedaya upaya untuk mewujudkan
perbualan yang panjang seperti dulu. Tapi, satu yang saya tanya. Sepatah yang awak jawab.
 Ya, saya mengaku. Saya hina. Dan saya budak yang tak sedar diri. Saya berubah. Saya 
memang jahat. Terlalu jahat. Mungkin nerakalah tempat saya. Awak, saya minta maaf. 
Selepas ini, anggap jelah awak tak pernah kenal saya. Kehadiran saya mungkin menjadi 
gangguan pada hidup awak. Sahabat lama, dalam diri saya tak pernah ada rasa benci pada 
awak. Tapi, kalau awak benci saya. Takpelah. Saya tahu saya memang jahat,