30 August 2013

I can't be my true self when I in front of you


Lagi aku tak cakap dengan dia.

Lagi banyak aku suka dia. Bodoh gila.

Kalau aku boleh borak dengan dia.

Macam biasa.

Macam kawan biasa.

Macam classmate biasa.

Macam se univesiti sama.

Agaknya aku dah boleh anggap dia,

kawan biasa.

Macam biasa.

Perasaan biasa.

Perangai biasa bila depan dia.

Ini, mengada-ngada, menggedik.

Aku pun tak faham dengan diri aku.

Sakai.

Dan sampai bila? Tolong tegur aku. Buat macam biasa. Tolong tolong.
Boleh tak. Tolonglah.

Tolong lupakan


Aku tahu.

Kalau aku takde dia pun.

Aku masih ada orang lain.

Dan dia pun akan pandang orang lain je.

Tak nampak aku pun.

Sebenarnya aku ni kalau bukan special untuk dia pun.

Aku ni apa.

Bukan kawan ke?

GERAM. Rasa nak bunuh je.

Bodoh. Takkan nak aku tegur dulu.

HISHHHHHHHHHH. Malas.

29 August 2013

Hai. Saya nak balik dah ni.


It's ok love by Saybia bermain didalam fikiran. Setiap lirik berlari lari mengejar antara satu sama lain. Kedengaran agak hiperbola. Tapi, itu yang aku alami sekarang. Tangan memandang keyboard, laju menaip setiap patah perkataan. 

Dan, yeah! Harini aku balik rumah. Walaupun cuma tiga hari. Tapi sekurangnya rindu pada keluarga tu dapat dilepaskan. Alhamdulillah.

Dinner Siskom 2013

There's a lot of pictures. Tapi, ni je yang sempat diuploadkan. Hehe.





.


Nampaknya aku benar. Apa yang aku fikirkan betul.
Dan aku terpaksa berundur.
Dari hati aku menjadi lebih sakit.
Aku tak menyesal kerana ini pilihan aku sendiri.
Seperti biasa.
Soalan kenapa tak patut wujud.
Sebab.
Aku tak tahu. Mungkin masa akan mengubati semua.
Ya. Itu pasti

28 August 2013

Don't wake me up bcs that dream never end


Gembira yang ada sekarang,
Bukan penentu bahagia di masa mendatang,
Tapi kali ni biarkan aku bermimpi,
Jangan kejutkan aku.

Aku dah sedia dengan segala risiko yang akan terjadi.
Semua, sebab semua aku dah rasai.
Dah lali.

Aku pun dah penat

SITUASI SATU

"Eh, kau kenal tak si ******? Dia kan tak pergi kelas oh harini. Dah banyak kali dia tak pergi kelas."
"Ah, dia tu. Dahlah kera sumbang, suka tidur dalam kelas, pelik gila"

Padahal sebenarnya orang tu menghidap penyakit berbahaya. Jadi apabila dia makan ubat yang diberikan doktor tu mempunyai kesan yang menyebabkan dia ngantuk. Dan mungkin dia tak pergi ke kelas, kerana sakitnya itu menyebabkan kondisi bandannya tak berapa baik.

SITUASI DUA

"Weh. ****** tu memang kaki pukul kan? Tengok muka dia ada lebam-lebam, baju pun lusuh semacam, selekeh,"
"Apa lagi tu, bergaduh lagi lah tu, dia kan memang teruk. Mak bapak tak ajar agaknya,"

Apa yang kita tak tahu. Mungkin orang tu mempunyai masalah keluarga. Dan lebam yang ada di wajahnya disebabkan ayahnya seorang kaki pukul. Jadi, apabila seseorang mempunyai masalah keluarga. Tak pelik jika dia bermasalah juga dalam pergaulan dengan masyarakat lain. Tapi, kita masih boleh tegur. Bukan diumpatkan tentang perkara itu.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Lumrah manusia berkata apa yang mereka nampak. Kecuali jika mereka menghadapi pada setiap situasi itu. Agaknya mereka akan berhenti berkata. Kerana mata yang melihat tak sama dengan bahu yang memikul.


25 August 2013

Merapu meraban untuk semua


Hye,

Ehemmm ehemmm. Hehe, saya cuma nak ucapkan Selamat Malam dan semoga tidak mimpi apa-apa sebaliknya tidur dengan lena. Sebelum tidur, pastikan baca apa apa doa dan yang penting solat Isya' dulu dan kalau belum, dipersilakan. Hihi, saya memang bercakap tanpa noktah selalunya. Dan mulut saya kadang kadang tak terkeluar apa nak cakap, dan kadang kadang keluar semua benda yang merapu. Seperti sekarang. Hehe, dan akhir sekali, dah tidur tu jangan lupa kunci jam. Make sure bangun Subuh eh. Eh eh ? Haha. K, Assalamualaikum.

Berhenti menulis tak semestinya idea nak bercerita tu tak ada.


I don't think I understand you enough


Semua rentetan ini membuat aku percaya.
Aku bersalah, tapi tidak dimaafkan.
Dia tak tahu apa yang aku cuba nak sampaikan.
Mungkin ketidaksefahaman itu menjadi tali perikatan.

Dan aku sudah lepaskan.
Mungkin ini bukan jalanku.
Mungkin aku sudah tersasar.
Aku rasa aku patut berpatah balik.
Meninggalkan segala kejadian.


How should I know when you're not telling me


Haha, mood aku memang tak berapa nak bagus sangat since something happened unexpectedly. Entah, dah rasa malas nak perbetulkan keadaan. 

Kadang kadang aku percaya "Ada benda yang tak boleh diubah." Seperti sekarang. Aku dah give up. Give up pasal itu dan ini.

Bagi aku semua tu dah tak penting sebab aku dah sedar. Sedar, yang aku tak sesuai dengan situasi ni. Biarlah,

Penat dan Tired dua benda serupa digabungkan.



Entah. Mulut nak menyebut pun penat. Apatah lagi nak menaip. Tapi rasa keinginan nak bercerita tu ada. Dan, yeah! Akhirnya internet di Gemia ni dapat jugak akhirnya. Aku tahu phone aku tak boleh berblogging. Ahh. Penat. Banyaknya assignment dan project dan meeting dan dinner. Tapi ofc, lagi ramai yang busy memanjang berbanding aku. Ngeh ngeh. Umm. Penat tangan menaip semula outlining untuk Term Paper ni. Entahlah, bila bercerita pasal progress Term Paper yang terhegeh hegeh ni membuat aku menjadi bosan lalu tidak berminat. Tinggal lagi sebulan. Dan bertimpa timpa kerja yang datang. Ujian apakah ini? Eceh. *Bajet kononnya akulah student paling busy kat dunia ni* padahalnya...


19 August 2013

Some Changes


Perubahan yang begitu besar.
Sebelum ni interface blog ini aku lihat macam serabut.
Jadi aku mencari blogskin untuk men'cantik'kan ia lagi.

Tapi, seperti biasa aku tidak suka persamaan.
Jadi, aku tekad merubahnya sendiri.

Konklusinya seperti sekarang.
Aku tahu memang tak cantik.
Tapi, hasil tangan orang tak kreatif macam aku ni memang begini.

Jadi, pasrah.

Random Feeling


Seperti watak antagonis.

Kehadiran tak diperlukan.

Ada cuma menyakitkan.

Kadang kadang aku rasa aku begitu.

Sempurnanya Hari Ini



Cukup satu ayat mampu menjelaskan semua.
Harini aku berterus terang kepada Dia.
Walaupun aku tahu, Dia pasti mengerti sejak awalnya.
Tapi, harini aku yakin.
Tentang perasaan sendiri.





18 August 2013

Kelmarin dan Hari ini



Aku lihat semuanya akan kembali normal.
Tapi, hati aku yang semakin sakit.
Tak tahu sebabnya kenapa.
Tapi sakit yang bahagia :)