30 June 2012

officially missing them

assalamualaikum. hai. emm. happy July guys! pejam celik, nampaknya. dah sebulan aku kat dungun ni. tanpa ada sebarang kepulangan aku ke saujana, aku masih boleh bertahan duduk kat sini. agaknya raya nanti baru aku balik. nampaknya ibu ayah dan adik adik dah start merindui aku. haha, truthfully, aku rindu mereka 100 times, sebab aku kat sini sorang sorang je. aku rindu nak cakap selamat malam pada tiap tiap malam pada ibu ayah dan adik adik masa kat rumah. kat sini, aku selalu tidur lambat. aku tak telefon pun ibu dan ayah. bukan aku taknak telefon, nanti aku jadi terlalu merindui sampai jadi homesick. kat sini aku belajar berdikari even ibu ayah yang bagi duit belanja. kih kih kih. emm, bila kat sini, memang betul betul memerlukan duit yang banyak. aku sampai jadi segan sangat nak minta ayah ibu masukkan duit. baru masuk, tak sampai seminggu suruh masukkan duit lagi. aku bukannya boros ke apa. memang betul kat sini memang perlukan duit. aku mengaku la aku selalu merayap ke bandar. hmmph. tapi, untuk beli keperluan diri tau. bukan nye berpoya poya. ngehh.

aku rindu kat ibu dan ayah. agaknya bila aku nampak mereka berdua, mesti aku menangis tersedu sedu. aku tak boleh. sedangkan bila cakap dengan diorang punn, aku dah nak nangis, inikan kalau diorang depan mata. aku terlalu merindui ibu dan ayah. aku rindu nak borak dengan ibu, cari pasal dengan ayah. gaduh dengan adik adik. sebab apapun yang jadi, keluarga yang buat aku bahagia. huhu, nak nagis dahh ni. walau apapun yang jadi keluarga yang buat aku jadi kuat smpai sekarang.

kerana doa ibu ayah dan keluarga yang lain, aku berjaya tiba kat sini. aku nak balas jasa ibu dan ayah. mereka dah berhabis banyak untuk aku, hanya kejayaan aku yang boleh membalas mereka. aku ni anak harapan. aku kena berhempas pulas untuk mereka. sebab mereka adalah cita cita aku. cita cita mereka untuk tengok aku berjaya mesti aku realisasikan. hanya itu yang mampu membuat mereka bangga. bangga akhirnya, kejayaan tu mampu diraih oleh anak yang mereka tatang bagai minyak yang penuh sejak dari kecil. senyuman mereka, kekuatan mereka, segala jasa yang tak dapat aku balas sepenuhnya oleh ibu dan ayah menjadi semangat yang membakar dalam diri aku ni. mereka kekuatan aku. aku sayang mereka <3




*atas, haha, masa kat domino's. hmmphh tah ape benda yang istimewa sangat yang ada dalam handphone tuhh . haha :DD

*yang bawah tuu, kat Pantai Cahaya Bulan. ibuku sungguh ayu. ayah sematt ohh pegang kacamatahitam. haha.


sememangnyarindu,
fateenjanganmenangis