8 June 2012

Day By Day

semakin lama disini, aku pasti yang keseronokan untuk belajar pasti muncul. mmph, tiada banyak yang diharapkan, hanya inginkan diri agar dapat membiasakan keadaan disini. setelah aku tahu, kehidupan di kampus bukan semata-mata nak enjoy kerana bebas dari kongkongan keluarga tapi sebaliknya dipenuhi dengan pembelajaran yang penuh membuat otak menjadi mereng. hmmph. bila terfikir balik, aku mahu cepat menghabiskan pengajian disini. seterusnya, ke alam pekerjaan pula, entah apa lagi yang aku hadapi. sekrang baru aku sedar yang sebenarnya hidup aku masih panjang tapi masa berlalu dengan pantas. sehingga tak perasan yang aku kini perlu jadi yang paling baik berbanding yang baik diantara yang baik-baik. entah. pemikiran kosong. hanya berharap aku mampu menempuhi dunia belajar ini dengan sepenuh keberanian.

yang aku percaya aku mampu lakukan itu, kadang-kadang apa yang aku tulis ini kenampakan skema tapi sebenarnya luahan hati lebih nerd dari itu. hati menangis. tak tahu sama ada ini pilihan terbaik berbanding apa yang terbaik. aku teringat kata seseorang, Allah takkan menguji lebih dari apa yang kita mampu. sebab itu, apa yang Allah sedang rancang untuk aku ini, Dia tahu yang aku mampu lakukan ini. Dia tahu aku boleh menghadapi cabaran ini dengan penuh kekuatan.

Seperkara sebelum berundur untuk tidur, kalau korang pernah jadi secret admire towards somebody. dan somebody itu sudah mempunyai seseorang, janganlah kita terlalu berharap padanya. kerana apapun yang berlaku dia tetap akan memilih pilihan pertamanya. kita adalah orang ketiga dan biasanya yang ketiga ini yang dipandangrendah oleh orang lain. tapi tak salah kalau nak try kann. hehe, pesanan tersebut untuk aku. 

awanbirudiataslangit,
fateen