14 June 2012

cerita sedih memang ada

kali ini, posting tidak begitu indah. hanya cerita sedih yang ingin disematkan kerana itu tujuann aku menulis sekarang. hmmphh :) seiring dengan iringan instumental yang emosional dan sentimental itu. mungkin bakal membuat anda menangis. hehe .



sebuah cerita yang hendak dikongsi. mungkin nampaknya terlalu bosan. tapi, niat memang hanya untuk berkongsi bukan nak menyatakan kasihannya diri aku. seseorang itu telah dimiliki. pastinya sukar untuk dia menjadi sendiri. kau tahu apa maksudku. coretan ini kadang kadang hanya aku yang faham. hmmph :) he was the one that i like. tapi, dia sudah ada seseorang yang sungguh sempurna luar dan dalam, bagi aku tiada kekurangan satu ape pun. sungguh aku tahu yang dia sudah tidak boleh dimiliki lagi. tapi, biasalah hati ni degil. jadi, aku biarkan perasaan ini terus melompat lompat dalam hati aku.
jauh di sudut hati, cuma tuhan yang tahu betapa aku mengharapkan dia. dia sungguh baik. tapi, biasalah orang yang baik pasti menemui pasangan yang baik juga. sedangkan aku, iman tidak seteguh mana, sekali disergah runtuh segala, aku bukanlah baik mana. aku tak lembutt. dan aku tidak layak berdiri seiringan dengan dia.
dalam jiwa aku ingin menjadi sempurna. tapi, apa yang tuhan sudah beri, aku hargai. memang tidak dinafikan kadang kadang aku pertikaikan kejadian ini. tapi, sebelum terpesong sempat aku sedarkan diri betapa aku ini cukup bertuah.
walaupun aku kerap merasakan selalunya apa yang aku mahu, aku tak dapat. sebenarnya masih lagi banyak manusia yang banyak dugaannya. aku masih dikira sempurna kehidupannya. bukanlah sempurna fizikalitinya tapi hidup yang aku rasa ini sempurna. masih ada banyak yang menyayangi aku. kalau seorang tak sayang, aku masih boleh hidup.
sebab jujurnya, hidup aku untuk kedua ibu dan ayah, mereka pendorong aku untuk menjadi kuat. pelayaran hidup memang sukar. cinta? perlukah ia untuk memberi kekuatan dalam diri. ya. cinta dari ibu, ayah, kawan-kawan. boyfriend? haha, rasanya itu tak perlulah kot sekarang. hmmhh :) dan terakhir aku ingin menyatakan aku sebenarnya berlagak kuat sedangkan aku sungguh lemah.
buat seseorang yang aku like it itu. aku tak mahu kau sedar aku memerhatikan kau. sebab, aku tahu kau akan jijik dengan aku. walaupun kau baik, tentunya perasaan jijik tu tetap muncul. aku bukan perempuan yang baik seperti dia yang kau puja. aku ini lemah. tapi selemah aku, aku yakin diri aku terbaik. entah. tak baik pertikaikan apa yang tak pernah terjadi, dari jauh aku mengharap, dari dekat aku berundur, aku sedar betapa tak layaknya aku untuk kau :)

jiwangnyaorangni,
fateennsangpenulis