3 September 2013

Awesome Dinner w Friends


Mata memandang sekeliling. Hah, bila makanan nak sampai ni. Bau bauan dah meresap ke hidung. Air liur dah ditelan berulang kali. Haih. Abang cepat sikit ambik order tu. Saya taknak cold water je. Hehe. Okay, pilih main course yang ini. Nampak macam sedap. Hiihi. Tiga yang lain turut order yang sama nampaknya.

Bismillahirrahmanirrahim.

Satu, sungguh enak menepati selera. Dua, supnya memang sedap tapi macam banyak ajinamoto je? Tiga, hidangan utama malam ni. Wah! Menyelerakan :) Huih. Kenyang dah. Tiba pencuci mulut. Memang sedap. Tapi perut sudah penuh. Takpe, masih ada ruang ruang yang tersembunyi. Boleh, boleh lagi. Katanya. Agak manis kek ni, tapi sesuai dihidangkan bersama buah beri yang masam masam tu. 


Muka mula-mula sampai ke cafe ni. Masih bersih tanpa calitan comot comot makanan terselerak di wajah. Muka berlagak comel padahal banyak kali dah telan air liur tu. Abang kat belakang tu. Saya nak order, cepat cepat.


Ini hidangan pencuci mulut. Sangat cantikkan dekorasinya. Hehee, ni je sempat diambil gambar. Yang lainnya belum sempat kamera dikeluarkan, masing masing sudah mengangkat garfu dan sudu. Hihi. Lapar lapar.


Selepas makan, pandai pula nak posing maut. Haha. Tudung dah senget senget pun sempat lagi. Daebak-nyaa masing masing. Good good. Hee.

Bila perut dah penuh. Mata memang berat. Mengantuk dah. Good night people.