2 December 2013

Some words can heal the worst heart

Aku bukan mangsa keadaan ,
meskipun aku merasakan begitu,
Keadaan aku lemah menjadikan aku mangsa.

Keadaan rekaan sendiri menjadikan
aku terperangkap dengan drama
drama manusia.

Meskipun akhirnya pasti bahagia.
Tetapi, konflik plot cerita ini,
terlalu sukar untuk aku tempuhi.

Aku tak penat.
Aku cuma mahu aku rasa diperlukan.
Aku cuma mahu dia berkongsi.

Kalau tak,
Lepaskan aku dari menjadi watak utama
Dalam cerita ini.

Biarkan aku menjadi seseorang di sebalik tabir,
Yang mencurahkan segala usaha
Tanpa mengharapkan pujian dan popular.