28 August 2013

Aku pun dah penat

SITUASI SATU

"Eh, kau kenal tak si ******? Dia kan tak pergi kelas oh harini. Dah banyak kali dia tak pergi kelas."
"Ah, dia tu. Dahlah kera sumbang, suka tidur dalam kelas, pelik gila"

Padahal sebenarnya orang tu menghidap penyakit berbahaya. Jadi apabila dia makan ubat yang diberikan doktor tu mempunyai kesan yang menyebabkan dia ngantuk. Dan mungkin dia tak pergi ke kelas, kerana sakitnya itu menyebabkan kondisi bandannya tak berapa baik.

SITUASI DUA

"Weh. ****** tu memang kaki pukul kan? Tengok muka dia ada lebam-lebam, baju pun lusuh semacam, selekeh,"
"Apa lagi tu, bergaduh lagi lah tu, dia kan memang teruk. Mak bapak tak ajar agaknya,"

Apa yang kita tak tahu. Mungkin orang tu mempunyai masalah keluarga. Dan lebam yang ada di wajahnya disebabkan ayahnya seorang kaki pukul. Jadi, apabila seseorang mempunyai masalah keluarga. Tak pelik jika dia bermasalah juga dalam pergaulan dengan masyarakat lain. Tapi, kita masih boleh tegur. Bukan diumpatkan tentang perkara itu.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Lumrah manusia berkata apa yang mereka nampak. Kecuali jika mereka menghadapi pada setiap situasi itu. Agaknya mereka akan berhenti berkata. Kerana mata yang melihat tak sama dengan bahu yang memikul.