24 March 2013

Saranghae, Otokaji. Pelempang nak?


Assalamualaikum :)

Tajuk takde kena mengena dengan entry sebenarnya. Apakah semua ini ? Tell me why why why ? Hee, Final semakin mendekati. Jujurnya, tiada sebarang preparation yang saya lakukan. Yes, saya memang teruk. Dan pemalas. Tapi, malas tu sekejap je. Belajar tetap perlu. Ulangkaji tetap mesti dibuat. Saya tak akan boleh kalau tak belajar. Tapi, kalau usaha je tak cukup kan? Usaha memang penting. Tapi jangan sampai lupa kewajipan kita kepada Allah. Solat jangan tinggal. Ingat tu kawan kawan! Cehh, pandai pulak menasihat aku ni. Diri sendiri tu tak sedar. Hihi >.< Tapi sebetulnya solat janganlah tinggal. Peace. Kediannyeee, bila dah usaha gila gila sampai tak tidoq 10 malam tuu, jangan sampai sakit pulak. Hehe, nanti kang tak pasal pasal demam lah, pengsan lah. Kita kena watlek je study ni. Eh! Tak boleh, kita kena study hard. Tapi, aku study rilex je. Haha, memang dasar pemalas aku ni. Eh aku ? Kejap saya, kejap aku. Apakah ini? OH, tidakkkk :O Hee, Takpelah, kalau nak ngada ngada gunalah 'saya' sebagai kata pengantar? Emm, bolehlah. Tapi, kalau nak brutal sikit, gunalah 'wa' and 'lu'. 'aku' and 'kau'. Cehh, haha. Banyaklahh kau fateen. Merepek marabun. Dah dah, dengar ni aku nak bercekerama, bersajak dalam doa.

Bismillahirrahmanirrahim.

Bukan senang menggapai sebuah kejayaan,
Kerana nyatanya tidak ada satu perkara pun di dunia ini yang mudah,
Jika dirimu impikan kejayaan itu,
Maka berusahalah selagi termampu sehingga habis dayamu,
Dan jika usaha itu telah mencapai tahap maksima,
Sujud pada Allah swt, Berdoa padaNya, pintalah yang terbaik daripada-Nya,
Dan apabila sebaik mungkin dirimu melakukan dua perkara tersebut,
iaitu, usaha dan doa,
Tawakkallah pada segala kejadian yang bakal terjadi.

Semoga kejayaan itu milik kita. InsyaAllah 

Amin.

//all the best u olls :D