16 March 2013

Belajar Menerima

Assalamualaikum and Hye ;)

Semenjak dua menjak ni aku tengok, aku sering membuat kekacauan dan masalah. Aku menyedari sebenarnya aku ni bukan insan yang baik. Aku insan yang lemah, tiada apa yang baik pada diri ini. Ye, aku memang seorang pendosa. Tidak pernah menyelesaikan masalah, menambahkan masalah lagi ada. Aku sedar kekurangan diri aku. Dan patutnya aku sedar, aku tak boleh menyusahkan orang lain terhadap apa yang aku dah buat. Memang salah aku, terlalu mengikutkan kata hati. Bersikap kurang ajar, tidak berdisiplin. Suka menyalahkan orang lain atas salah diri sendiri. Memang aku seorang pendusta. Memang tiada baiknya yang ada pada diri aku ni. Alhamdulillah, Allah memberi sedikit nilai baik pada diri ini. Tapi, apa yang baik pada diri aku ni, semuanya datang dari Allah. SubhanaAllah, aku menyedari tiada guna untuk riak terhadap atas apa yang kita miliki. InsyaAllah. Kepada kawan kawan, aku minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. Aku tidak sempurna malah tiada apa yang istimewa. Terima kasih pada yang sudi berteman dengan insan seperti aku. Menyempurnakan mana yang tidak. Cuma aku yang bersikap pentingkan diri ni je yang tak sedar diri. Huuu.

Aku tak pernah sangka diri aku ni penyebab masalah. Sambil nyanyi lagu The Script ni, terlupa nak tulis apa. Aku bukan menyalahkan diri sendiri. Tapi, memang perangai aku ni kadang kadang menyusahkan orang lain. Aku nak berubah, berubah kerana Allah dan ibu ayah. Aku mahu jadi seseorang yang boleh meyejukkan hati orang lain. Bukan buat orang lain rasa macam nak hempuk kepala aku guna senduk. Haha. Tapi, seriously, tak salah berubah ke arah yang lebih baik. Aku mencuba. Coba, coba. Hikkhokk. Aku sedang belajar menerima sedikit hidayah hadiah dari Allah. Alhamdulillah. Aku rasa bersyukur sangat sangat ;) I hope this will remain in myself forever. I dont wanna be somebody who will hurt somebody's feeling. I just wanna be who I am before this. But, if they still hate me. What I'm gonna do ? I just can do nothing. Yang penting jaga hubungan kita dengan Allah dulu, insyaAllah Allah akan permudahkan hubungan kita dengan orang lain. InsyaAllah. Allah is my priority ;)


//I think I fall in love again. I fall in love with Allah s.w.t. CP: Cintailah diri sendiri sebelum menyintai orang lain. Tapi, cintailah Allah sebelum menyintai orang lain. InsyaAllah.