28 July 2016

the noks 2


Kita sudah tidak berjumpa bukan bermakna kau akan aku lupa.
Segala kenangan remaja yang pernah kita cipta bersama.
Ketawa, gaduh, marah, tak bertegur sapa itu perkara biasa.
Dua tahun setengah kita kongsikan bersama.
Walau kita tiada orang lain, tapi kita bertiga saja sudah cukup
buat aku rasa biasa berjauhan dengan keluarga.

Bersama kalian adalah satu memori yang tak akan pernah akan aku rasa bersama yang lain.
Dan kalau tidak mustahil masa itu boleh beranjak ke belakang,
maka aku adalah orang yang tidak teragak agak untuk berkata ya, aku mahu.

Tapi itu mustahil. Maka biarlah masa lalu menghias zaman tua kita,
dan ketika itu aku mungkin termenung sambil tersenyum,
dan hatiku berkata,
kalian adalah hadiah dari tuhan yang sungguh bermakna.

Kalau kau rasa rindu, aku juga turut merasakan yang sama.
Kalau kau rasa tempat baru tak seperti dulu, aku pun rasa itu.

Mengulangi semula rasa bahagia itu, siapa yang tak mahu. 
Kita bertiga sahaja rasa bahagia itu, siapa yang tahu.