18 May 2016

iloveu


kalau boleh kita berdua bersama, akan aku bawa kita berdua merantau ke seluruh dunia, mencipta kenangan bersama. kita sama sama hidup bertemakan sederhana tapi kapasiti bahagia yang kita punya melebihi infiniti. kita akan sama sama memberi dan menerima. kita akan cuba cari penyelesaian untuk setiap masalah menimpa. setiap perkara kecil yang membuat kau dan aku tertawa, itu akan disimpan jadi penguat ikatan kita. setiap tangis dan kecewa akan menjadi saat dimana kau dan aku rindu untuk melihat masing masing mengukir senyuman. kau dan aku akan melalui hari tua bersama, tetapi semua kenangan itu masih muda di ingatan. sambil duduk menikmati secawan kopi di beranda itu, kau bertanya, "do you still remember the night that we were dancing together?". ya, aku masih ingat semua itu. segala kisah gembira, duka tangis dan tawa bila kita bergaduh itu perkara biasa. ya, kita berdua inginkan bahagia yang biasa. tiada yang luar biasa. kerana biasa itu sudah cukup untuk buat aku hargai kau, dan kau juga.

tapi

kita berdua bersama itu pun sudah kedengaran hiperbola kerana masa depan belum cukup pasti. tapi kalau tuhan benarkan kita harungi dunia berdua maka saat itu akulah manusia yang paling bahagia.

written on April 27, 2016