23 September 2012

you are the ONE

inilah kenangan semasa mingu destini pelajar (MDS) atau minggu yang kami anggap sebagai minggu dera pelajar. tapi minggu inilah yang banyak memberi kenangan. kenangan pahit dan juga kenangan indah. memang, saat ini aku mengenal kehidupan jauh dari keluarga. saat ini aku cuba mencari kawan untuk mengisi ruang yang kosong. berusaha untuk hidup berdikari. walaupun aku tak rasa aku tak kuat tapi aku berjaya. dan pada waktu ini aku cuba untuk menjadi matang. ini kehidupan yang sebenar. Minggu pertama disini begitu banyak kenangan. memang seronok jumpa kawan kawan baru. ehemmm. dan kenal dengan senior senior. HAHA. disini begitu berbeza dengan sekolah. tengok gamba diatas, gadis comel itu diberi nama Fairuz Aqila. aku panggil adik manis ni ayush je. HAHA. dia yang aku kenal masa first day lagi. orangnya nampak macam sombong. tapi, beliau memang baik. dan banyak lagi kawan kawan yang memang berperanan sebagai seorang kawan yang aku jumpa disini. mereka terbaik. waktu ini mengenal subjek baru. susah sangat pada permulaan. tapi mungkin kerana berkat doa ibu dan ayah, tak lupa pensyarah dan kawan kawan aku berjaya merasakan ini tidak sesusah mana.
sekarang akhirnya kami semua akan menghadapi final exam untuk semester ini. terasa cepat waktu berlalu. macam semalam kami baru menjejakkan kaki disini. sekejap waktu berlalu. dan selepas ini setelah berakhirnya final exam kami maka berakhirlah semester satu yang begitu indah ini. INDAH TAPI SUSAH. tapi yang susah itu yang membawa begitu banyak keindahan yang akan terus melekat dalam jiwa. inilah hidup. aku akan lekatkan memori itu kuat dalam ingatan!
hey, sem 2. here we come!

loveyousomuchsemesterone.