Assalamualaikum,
Ya Allah, aku tak tahu kat mana lagi aku nak mengadu. Hanya Engkau yang selalu ada. Aku
berasa bersalah, berdosa, mencampuri urusan hidup orang lain. Aku punya hidup pun masih
terkapai kapai lagi. Kenapa aku menasihatkan orang sedangkan diri aku juga masih terlalu
lemah. Dan aku tahu ya Allah, di saat aku merasakan yang dia kawan aku. Tapi, dia
menganggap aku orang luar yang tak patut sibuk hal dia. Ye, ya Allah. Aku yang salah kerana
aku yang menjaga tepi kain orang. Aku yang salah. Tak mengapa jika dia tak maafkan diri
aku. Aku menangis. Tapi aku tak tahu kenapa. Aku tak pernah begini. Aku terlalu ambil
berat tentang hidup dia. Tetapi, aku yang terlalu terburu buru. Aku tak pernah gelakkan
hidup dia. Aku cuma nak dia bahagia ya Allah. Sebab aku takut dia tak yakin dengan hidup
dia. Dia insan yang aku hormat. Aku tak pernah menganggap dia ahli neraka ke apa. Aku
tahu dia jadi macam tu sebab hidup dia. Ya Allah, berikanlah dia bahagia yang dia mahu itu
ya Allah. Aku tak sanggup untuk menyaksikan lagi ya Allah. Ketika bersama kawan kawan
dia, dia nampak okay. Ketawa senyum semua. Tapi, sebenarnya dia betul betul tak okay.
Aku mahu dia senyum sepanjang masa. Tolonglah, ya Allah. Berikan dia kebahagiaan itu.
Maafkan aku ya Allah.
Memang patut aku dipersalahkan.
Salah aku.
//I wish someday his life will be brighter and happier than mine :)