ASSALAMUALAIKUM. hyeeee :DDDD
Belajar menerima memang sesuatu yang sukar. Lebih lebih lagi seseorang yang pernah
menyakitkan hati kita. Tapi, tak bermakna kita boleh membenci orang tu dan mengajak
orang lain untuk saling membenci. Bukan mudah untuk mengubah seseorang. Kerana cuma
diri sendiri yang mampu mengubah diri kita. Belajar lah menerima dan menganggap ini
sebuah ujian yang Allah hantarkan untuk kita. Betul kata Azmin, kata kata dia membuat aku
mengubah persepsi aku. Mengubah segala apa yang aku rasakan. Betul, aku tak mampu
mengubah seseorang. Belajarlah menerima dari mengeluh. Walaupun tak semua orang
mampu. Kita, diri kita. Mampu untuk mengubah hidup seseorang jika kita tahan dengan
segala perangai dia.
Rasanya betul cakap kawan aku sorang ni, sem ni memang banyak masalah. Tapi sapa tahu,
sem depan akan lagi best dan lebih baik. Semua ini adalah kenangan. Yang mana salah, kita
perbetulkan. Yang mana pahit kita maniskan. Yang mana muram kita senyumkan. Yang mana
marah kita redakan. Yang mana pasrah kita semangatkan. Salam cinta ;)
//learn from the past. better for tomorrow.